Friday, December 12, 2014

Selfie penyakit mental???



Assalamualaikum dan salam sejahtera~~~

Selfie adalah perbuatan amek gambar diri sendiri dgn kamera telefon then upload kat laman sosial...especially kat instagram n FB...mmg tujuan utama selfier ni nak tarik perhatian public nak suh like and komen la konon2 nya hot...

Betul ke orang yang gemar ber'selfie' ni sakit mental? Aku pon xtau la kesahihan tentang ni sbb aku pon kekadang suka gak selfie..hahaha..sbb ramai org yg suka sangat berselfie ni.

Golongan selfie ini pertamanya adalah untuk menarik perhatian ramai, attetion seekers…senang cerita nak cari publisiti laa~~ Bukan sahaja kalangan orang biasa yg suka buat selfie ni, golongan artis pun ramai yang gila selfie...Sebab memang mereka saja-saja nak suruh orang lihat muka diorg yg konon-konon cute gitu. Cute la sgt kan..kekeke...



Lagi satu golongan yang guna berselfie ni adalah mereka yang suka nak menunjuk-nunjuk. Bukan dia nak tayang muka dia je, tapi nak tunjukkan diorg ni ada fon baru, balak/awek baru, duk dalam kereta baru dan macam-macamlah, dengan tujuan nak show off apa yg mereka ada.

Ini adalah petikan berita sal budaya selfie di laman sosial yang menjadi fenomena kini:
Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata sorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

For those yg suka sgt berselfie ni..kurang2 kan lah habit n tabiat ni...especially pada kaum hawa yg beragama islam bab aurat tu jaga sgt2..tak pepasal dpt dosa free2 je nanti...org laki pon sama gak jgn duk selife wat muka2 pulak..abes virus lappy ak nanti....hahaha






Haa..tgk brader ni sempoi je selfie sorang2 camni..ni da kira forever alone da ni hahaha..So sama2 lah kita muhasabah diri...nak selfie tu boley tp berpada pada la..ni tak, every 30 minutes je tukar cover image selfie kat laman sosial..ape daa~~~

No comments:

Post a Comment

HIBAH

Apa itu hibah? Hibah ialah hadiah. Dalam syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau kemanusiaan ...