Thursday, December 11, 2014

Tips temuduga~~~



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera~
Tahniah kpd rmember2 ak senior n junior aku sbb baru je grad xkira dip or degreetahniah sbb dpt grad ngn jayanya…hehehe since ramai da grad kompom sbahagian besar mncari kerja..so ak nak kongsi la tips2 temuduga ni since ak pon penah temuduga kt sebuah syarikt kt kmmn..sal resume korg boley la search kt google or yahoo..xpon mnx je cth resume ngn lecterur korg..Aku bahagikan 2 aspek paling pnting mngenai temuduga ni…
  1. Persediaan
  2. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN
  1. Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang korg pohon itu. Apa yg diorg buat..ape job description sal pkerjaan yg korg apply tu..organisasi tu buat ape,…so investigate n study  la dulu ape yg diorg buat sbb mostly interviewer akn tanya klu korg xdt jwb alamatnya hmmm xdpt den nak nolong…

  1. Korg kena amek tahu tmpt ,tarikh n masa interview akan diadakan dan mestilah rada d tmp temuduga tu 15 minit sblm temuduga tu dmulakan…. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT…sbb ini akan menimbulkan pandangan negatif dari interviewer korg…

  1. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih…contohnya pkai baju kemeja berlengan panjang, sluar slack, tie, bertali pingang, berstokin dan berkasut kulit bagi lelaki…bagi perempuan pula baju kurung, baju kemeja, skirt bawah paras lutut, bertudung…rambut mestilah kemas, rapid an pendek bg lelaki manakala wanita pula ikat lebih nampak kemas.

  1. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal korg di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga..yela sebagai bukti ye dak..



TINGKAH LAKU
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga korg JANGANLAH nervous. Buat cam biasa2 saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan korang untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah korang duduk selagi tidak disuruh. Apabila korang disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.
  • Jangan korang letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku korang di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan korang cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula korang cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah korang menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang korang beri itu hendaklah tepat.
  • Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika korang tak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga korang, persekolahan, kegemaran dan aktiviti korang.Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi korang semasa temuduga. Kalau korang pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  • Jangan sekali-kali korang cuba hendak mencela bekas majikan korang. Nyatakan kelayakan dan kelulusan korang yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  • Korang hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada korang menyertai temuduga itu.

Haa..ni video tips preparation utk interview..So harap2 tips ni membantu korg utk temuduga kerja nnt...tahniah for those klu dpt kerja n usaha lagi pd yg xberjaya..jgn sedeh usaha lagy..rezeki ada dmana mana...Adios~

No comments:

Post a Comment

HIBAH

Apa itu hibah? Hibah ialah hadiah. Dalam syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau kemanusiaan ...