Sunday, December 31, 2017

HIBAH


Apa itu hibah?

Hibah ialah hadiah.

Dalam syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau kemanusiaan secara rela hati yang dilakukan ketika masih hidup tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,
“Hendaklah kamu saling memberi, nescaya kamu akan saling mengasihi”

Tetapi apa kaitan hibah dengan kita?

Hibah amat penting dalam kehidupan kita. Terutamanya yang berkaitan dengan cara pembahagian harta peninggalan seseorang yang telah meniggal dunia atau lebih dikenali sebagai faraid.
Sebenarnya sebelum jatuhnya faraid pengurusan harta dalam islam boleh menggunakan dua instrumen penting iaitu hibah atau faraid.

Perbezaan ialah wasiat adalah pemberian harta selepas kematian. Manakala hibah ialah pemberian harta ketika hidup. Jika dilakukan dengan betul serta belandaskan syarak, kedua duanya dapat mengelakkan perebutan dan pertikaian harta pusaka.

Harta ada dua jenis iaitu alih (barang kemas, kereta), tak alih (tanah, rumah)
Pelaburan dalam ASNB adalah harta pusaka dan menjadi harta pusaka setelah pemiliknya meninggal dunia.

Kelalaian menguruskan harta menyebabkan sejumlah RM42 billion dibekukan yang membabitkan sejuta kes gagal diselesaikan kerana tiada wasiat. Masalah ini timbul kerana tiada penuntut yang berhak atau waris yang layak. Masalah teknikal & birokrasi, pertikaian & perebutan antara waris & tempoh pengagihan yang panjang.



Justeru itu untuk mengelakkannya kita digalakan membuat hibah & wasiat. Syarat hibah sangat mudah. Antaranya ialah pemberi hibah mestilah pemilik barang atau harta tersebut. Sesiapa sahaja layak untuk menjadi penerima hibah. Harta atau barang yang hendak diberi mesti wujud yang halal dan wujud pada masa itu.




Tetapi kita amat digalakkan untuk memberi hibah kepada keluarga terdekat.

Antara kelebihan hibah ialah harta yang diberikan bukan lagi menjadi harta pusaka. Malah harta tersebut tidak boleh dituntut oleh waris lain. Proses pemindahan harta dapat dilakukan dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh menerima hibah seperti anak angkat.  

No comments:

Post a Comment

HIBAH

Apa itu hibah? Hibah ialah hadiah. Dalam syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau kemanusiaan ...