Wednesday, December 27, 2017

B.A.C.A

Kali ini aku nak kongsikan story tentang baca buku...
Masa aku kecik2 dulu memang aku ni pemalas nak baca buku. Yelah kan masa kecik dulu suka main & tengok tv je..almaklum la hero la katakana.. Arwah mama dulu selalu paksa nak ajar aku membaca buku masa kecik2 dulu..masa tu kena baca buku ‘Bacalah Anakku’


Masa tu memang kena paksa rela untuk membaca..tapi Alhamdulillah berkat paksa itu membuahkan hasil yang sangat berguna sampai sekarang.

Peribahasa ada mengatakan ‘Membaca Itu Jambatan Ilmu’. Ianya bermaksud dengan membaca perkara yang berilmiah dapat membantu menambah pengetahuan kita. Malah wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah Iqra’ iaitu Bacalah. Sekiranya tidak diamalkan kita akan menjadi sesat. Saya mengambil petikan dari buku merah Saiful Nang~ Mat Jenin Sebenarnya Hero iaitu Al-Quran itu tidak menjadi apa-apa, sekadar baca-bacaan, ayat-ayat yang disyairkan dan dihafal tetapi suruhan-suruhan di dalamnya tidak dijalankan. Maka jadilah orang Islam, orang yang miskin dan hina di atas bumi milik Allah. Bahkan, Datuk Hassan Azahari ada menyatakan mendalami Al-Quran tiada noktahnya.

Novel yang pertama aku dapat habiskan dulu ialah masa sekolah menengah. Itupun sebab paksa diri baca sampai habis sebab novel2 tu masuk final exam dan komsas. Paling malas sekali kena baca novel subjek bahasa inggeris iaitu Prisoner of Zenda. Buku tu nipis je. Tapi penguasaan bahasa inggeris masa tu agak lemah. So sambil baca sambil belek kamus Oxford. Finally habis la jugak baca novel tu berminggu minggu.



Masa baca novel tu selalu belek muka surat last sekali sebab nak tengok berapa muka surat lagi nak habis…huhuhu..Attitude yang sangat tak elok untuk membaca buku..so, aku minta la tips dari classmate perempuan aku yang gila baca novel2 ni..dia kata baca buku or novel by chapter..maksudnya satu hari satu bab sudah cukup..tips tu sangat berhasil dan aku praktikan sampai lah sekarang..terima kasih sangat untuk member aku yang bagi tips tu..

Jadi sampai sini sajalah perkongsian untuk kali ini.
Tanpa membaca kita kurang ilmu, kerana ilmu itu pelita hidup.

No comments:

Post a Comment

HIBAH

Apa itu hibah? Hibah ialah hadiah. Dalam syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau kemanusiaan ...