Apa
itu hibah?
Hibah
ialah hadiah.
Dalam
syarak hibah ialah hadiah atau pemberian harta atas dasar kasih sayang atau
kemanusiaan secara rela hati yang dilakukan ketika masih hidup tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
Daripada
Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda,
“Hendaklah
kamu saling memberi, nescaya kamu akan saling mengasihi”
Tetapi
apa kaitan hibah dengan kita?
Hibah
amat penting dalam kehidupan kita. Terutamanya yang berkaitan dengan cara
pembahagian harta peninggalan seseorang yang telah meniggal dunia atau lebih
dikenali sebagai faraid.
Sebenarnya
sebelum jatuhnya faraid pengurusan harta dalam islam boleh menggunakan dua instrumen
penting iaitu hibah atau faraid.
Perbezaan
ialah wasiat adalah pemberian harta selepas kematian. Manakala hibah ialah
pemberian harta ketika hidup. Jika dilakukan dengan betul serta belandaskan
syarak, kedua duanya dapat mengelakkan perebutan dan pertikaian harta pusaka.
Harta ada dua jenis iaitu alih (barang kemas,
kereta), tak alih (tanah, rumah)
Pelaburan
dalam ASNB adalah harta pusaka dan menjadi harta pusaka setelah pemiliknya
meninggal dunia.
Kelalaian
menguruskan harta menyebabkan sejumlah RM42 billion dibekukan yang membabitkan
sejuta kes gagal diselesaikan kerana tiada wasiat. Masalah ini timbul kerana
tiada penuntut yang berhak atau waris yang layak. Masalah teknikal &
birokrasi, pertikaian & perebutan antara waris & tempoh pengagihan yang
panjang.
Justeru
itu untuk mengelakkannya kita digalakan membuat hibah & wasiat. Syarat
hibah sangat mudah. Antaranya ialah pemberi hibah mestilah pemilik barang atau harta tersebut. Sesiapa sahaja layak untuk menjadi penerima hibah. Harta atau barang yang hendak diberi mesti wujud yang halal dan wujud pada masa itu.
Tetapi
kita amat digalakkan untuk memberi hibah kepada keluarga terdekat.
Antara
kelebihan hibah ialah harta yang diberikan bukan lagi menjadi harta pusaka.
Malah harta tersebut tidak boleh dituntut oleh waris lain. Proses pemindahan
harta dapat dilakukan dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh menerima hibah seperti
anak angkat.